Sunday 6 May 2012

~affair~

"The best way to counter an affair is to act like it does not hurt u coz it has a reverse effect to the doer... The affair will  no longer seems "mysterious", "naughty" and "sinful" and "thrilling". It has lost its magic.. and the affair will no longer be an affair.. it turns to a "normal" relationship... and as it similar to any other relationship- it started to hv arguements, Suddenly, it turns boring like a "marriage"...the sparks gone, it withers... "

 "And I am so sorry darling.. i figured out abt your affair.. Now u''ll realised how lousy your "affair" is... taste,darling,  taste, - the bitterness, the boredom, the stale taste of your own unfaithfulness.. coz u r the one who get stuck to it.. I've move on"   :))))

~ my parents taught me to give used toys to the less fortunate~ *grin*

Saturday 5 May 2012

kehilangan itu kesilapanku...

Akhir-akhir ini, makin kerap aku meneliti kepincanganku sendiri. Alhamdulillah, jiwa semakin tenang bila aku menyedari kesilapan ku... aku pernah terdengar... seorang ustaz berkata...
kenapa hati manusia hancur? kerana dia memberinya kepada manusia...

Betul kata ustaz itu jika kita memahami maksudnya... Jika kita memberi hati kita kepada bukan yang hak, tentulah ia akan hancur... sedayanya, kita harus menyerahkan perihal hati kepada Allah.




 Kesalahanku yang paling besar menyerahkan hatiku pada B dengan qadar sepenuhnya... aku mengantung harapan yang menggunung terhadapnya sehingga aku berputus harap dari rahmat Allah, Masya ALlah, sepertinya aku merasakan bahwa B lah sahaja yang dapat membahagikan aku... owh..!!! Alangkah tertipunya aku...


 Tapi kini, biarpun masih dihambat luka dan duka bila kepercayaan ku dikhianati, tapi aku yakin, ALlah mengurangkan cinta dan kepercayaan ku kepada B,supaya aku boleh memberi ruang kepada cinta terhadap Allah.


Thursday 3 May 2012

~satu permulaan~

Dear Me,
 Aku ingin memulakan sesuatu yang baru, dengan harap aku boleh sekurang-kurangnya  hampir dengan bayang kasih Rabbku...

Aku mahu buka lembar baru dlm hidupku, di mana fokus dan paksiku dekat dgn Rabb ku..aku tahu aku bukanlah baik, tp aku mahu mencuba mnjadi baik :D

Aku mahu kasih Rabb ku lebih dr aku mahu cinta B. Aku menjadi lebih tenang bila aku lebih mencari kasih Rabb ku dr mengejar cinta B. Dan aku tak sudah kurang peduli jika B lebih kan 3rd dari ku... bukan aku tidak peduli lagi, cuma ianya menjadi kurang signifikan dan kadang-kala, SUDAH TIDAK SIGNIFIKAN lagi bagiku....


Alhamdulillah, aku dipertemukan dengan FB KhadimulQuran, ia lebih sesuai dengan jiwaku... aku mahu menjadi lebih tenang kerana aku mulai ingat " Tak kisahlah jika B tak sayang aku lagi, lebih penting lagi jika Allah sayang padaku"

Bukan aku dah tak cinta B lagi...aku masih sangat2 menyintainya, cuma aku lebih mahu mencari Kasih Rabb ku. Jika aku berjaya menemui kasih Rabb-ku, aku tidak lagi akan menyakiti diriku sendiri, B dn 3rd.

Aku mahu memaafkan diriku dan 3rd. Aku mahu membebaskan diriku dari kepahitan dan kesakitan semalam. Aku mahu memaafkan B dari penipuannya kepadaku selama ini. Aku mahu memaafkan B atau pembohongan dan kecurangannya kepadaku sebelum ini, biarpun dia tidak melafazkan, tapi aku mahu memaafkan.. kerana dengan memaafkanya, 3rd dan lebih utama, diriku sendiri. aku mahu bebas... AZADI :DDD


dan aku juga mahu memaafakan 3rd... aku terlupa yang semua orang berusaha mengecapi sesuatu dalam hidupnya.. dan aku juga terlupa, mungkin ini juga satu pengorbanan dan kesusahan yang dialami untuk 3rd sebelum dia benar2 gembira dengan kehidupannya
.


Dan aku juga mahu terus bergerak ke hadapan. Aku mahu meninggalkan stesen duka ku ini, kerana aku telah menemui sebuah destinasi indah yang aku pasti penghujung bahagia. Jikapun aku tak tiba, aku pasti, aku akan menemui kemanisan dan pencarian cinta Rabb ku keran Rabb ku tidak sesekali meninggalkan aku bila semua orang pergi meninggalkan ku keseorangan.









Satu yang aku pasti kini, biar apapun yang sudah berlaku, sedang berlaku, dan telah berlaku di antara kami,




Aku masih mencintai B, aku mahu bersamanya hingga Jannah. Aku tahu dia suami yang baik, lelaki yang baik, dan dia sukar untuk meninggalkan Dhiya keran azali sikapnya begitu. Biarpun jika Dhiya seorang ammah pun, B pasti akan melayaninya dengan baik. 

Kini aku semakin meyakini, biar apapun yang berlaku dan akan berlaku, aku sudah kurang peduli, Segalanya menjadi pasti dan INSIGNIFIKAN bila


 dan



  Insha Allah, dan Alhamdulillah... aku bertemu Khadimul Quran di FB malam ini... terima kasih Durrah... Moga Allah membalas jasa kalian dengan cinta dan kebahagiaan hidup dan kelapangan hati..insha Allah... aku menemui banyak jawapan ku di sini, dan Alhamdulillah.. insha allah, aku akan menemui aku yang baru.. insha Allah dan Ilal Liqa'


terpanggil

~ternampak FB ini di laman FB rakan... n i felt so glad i bumped into it~ KHADIMUL QURAN




Saturday 7 April 2012

KEMAAFAN DAN KEBEBASAN

Kasih,
Jika kemaafan itu murah, akan kuberikannya dengan seluruh harga dunia, tapi sayang, kemaafan itu besar harga dan mahal pula nilainya.

Memaafkan bukan bereerti melupai, aku mahu memaafkan mu, tapi aku tak mampu melupakan apa yang berlaku.

kemaafan itu bukan mudah tapi itu akan membebaskan aku dari kelukaanku sendiri. Aku ingin memaafkan mu dan membebaskan diriku dari kisah yang sangat melukakan. Aku ingin bebas tersenyum kerana aku sedar, belum sempat kering airmata diseka, kita sebenarnya sudah mampu tersenyum semula. Rugilah jika kita tersekat di semalam yang pilu.

Kasih,
Di percaturan ini, aku sebenarnya tidak rugi apa apa- hanya sebenarnya kau lah yang paling luka kerana kaulah yang sebenarnya "terperangkap" dengannya. Aku tidak punya kaitan dengan Diya, jadi aku bebas.
Allah tentu lebih mengetahui apa yang berlaku.

"Manusia merancang, Allah merancang dan oerancangan Allah lebih sempurna dari kita".

Diya, jangan kau fikir dengan zuriatmu itu kau mampu memerangkapnya, dia dlam genggamanmu. Tiba saatnya dia akan bosan dengan "kejahilan, kebodohan, dan ketidakmatanganmu" itu.Dan akulah akan membebaskannya dari kenangan denganmu.

Diya,
Aku ingin membebaskan diriku dan lukaku sendiri. Aku ingin memaafkanmu dan meninggalkan mu di semalam. Kau bukan lagi lukaku. Kau hanyalah kenangan. Aku ingin meninggalkanmu dengan kesakitanmu yang kau ciptakan sendiri. Kau tidak melukakan aku. Kau menciptakan lukamu sendiri. Jangan lagi kau heret aku ke fantasimu. Biarlah kau dengan dirimu dan aku dan haluan ku. Kita hanyalah pejalan yang bertemu di satu titik. Kau insignifikan bagiku. Mungkin untuknya, tapi bagi ku, kau adalah seorang lagi yang pernah ku sisihi. impakmu tiada lagi...dulu...kini aku telahpun meninggalkan mu di hentian semalam.

Kasih,
aku kembali ke pangkuan mu seperti dahulu. ingin menjadi lebih baik dan lebih cinta dari kelmarin. Di duniaku hanya ada kau dan aku. Terpulanglah bagaimana kau mahu mencipta duniamu. Aku di sini akan selalu membuat kau jatuh cinta dan tersenyum semula.Aku pertama bertakhta di hatimu, Aku berjanji untuk selalu menjadi no 1 untukmu.

Kini aku bebas. Sepertinya ku rasakan aku bernafas baru dan perlahan-lahan aku biarkan apa yang berlaku tenggelam seperti tenggelamnya sesuatu yang maha berat ke dasar lautan. Perlahan-lahan kian menjauh dan tidakkan mahu kujumpai lagi..dan kenangan kepahitan itu kian samar-samar...aku bebas kerana aku mula memaaf dan melupakan... selamat tinggal luka.... selamat datang, kebebasan ....AZADII !!!!

Tuesday 3 April 2012

CINTA

Seringkali kita menyebut cinta,namun kita tidakkan mampu menafsirnya dengan hanya satu maksud... cinta adalah sesuatu yang sangat luas maknanya dan selalu kita menafsirkan cinta itu ekslusif tertakluk kepada hanya satu orang.

 Alangkah rugi dan tertipunya kita bila kita menafsirkan begitu, sedangkan cinta itu amat indah jika kita memahami. Cinta yang ekslusif dan paling hakiki, adalah cinta kepada Allah dan Rasulnya sahaja. Satu posisi yang tidak boleh diganti dengan suatu apapun.

 Kemudian, datang pula cinta ayah ibu. Cinta yang berkemungkinan menjadi satu dimensi. Hanya ayah ibu akan menyayangi dan mencintai anak-anak mereka, sedangkan, ada  anak-anak tergamak menghantar ayah ibu ke rumah-rumah orang tua.

 Dan paling popular, cinta sesama manusia. Kita selalu mengharapkan sesuatu yang abadi dari cinta dua kekasih hati. Namun, alangkah sekali lagi tertipunya kita dengan "hakikat" ini. Allah menjadikan hati manusia begitu besar dan penuh cinta. Mahu tidak mahu, kita pernah bercinta, dicinta dan menyintai. Namun, pernah terjadi kita dilukai, dan kita "berjanji" tidak akan jatuh cinta lagi.

Namun, bila pintu hati diketuk, kita kembali membuka hati dan bercinta lagi. Kenapa? Kerana hati itu bukan milik seseorang.   Hati dan cinta itu milik Allah. Allah menciptakan hati manusia secara fitrahnya penuh cinta dan kasih sayang.

Kita sayang dan cinta kepada ibu ayah. Lain cara kita menyayangi ibu, dan lain pula cara kita menyayangi ayah. Kita cinta kepada kakak, dan kita sayang kepada abang adik. Kita pernah menyintai A, dan kini kita mencintai B. Bagi seorang insan bernama lelaki, lebih mudah mereka mencintai seorang, dua, tiga atau ramai wanita dalam satu masa. Itu fitrah mereka. Mereka cinta semuanya, cuma dengan cara dan situasi yang berbeza. Wanita juga mampu melakukan begitu, cuma wanita lebih setia dan lebih beremosi.

Menyintai ramai orang dalam satu masa bukanlah perkara ajaib atau buruk, kita juga ada mengalaminya. Ia seperti menyukai McDonalds dan KFC, epal dan oren dalam satu masa. Bukan bermakna bila kita memilih, kita sudah melupakan pilihan yang lain, cuma, dunia Allah ini luas dan bervariasi. Rugilah jika kita hanya boleh memilih "satu" sahaja.

Cuma, wanita lebih gerun jika perlu "berkongsi". Mereka lebih gusar jika tidak disayangi dan dicintai lagi. Namun hakikat kasih sayang seorang lelaki, jika dilayan dengan baik dan penuh cinta, kasih sayang dan perhatian mereka masih sama. Cuma mereka tidak buta. Lelaki fitrahnya melihat dan melindungi. Fitrah lelaki suka kepada yang indah. Jadilah yang indah di matanya. Indah itu subjektif.

Fitrah lelaki melindungi. Mereka mahu melindungi wanita yang malang. Seorang lelaki perlu melindungi seseorang wanita yang teraniaya, dan dia mungkin suami anda. Wanita tidak boleh melindungi wanita sepertimana lelaki melindungi wanita. Wanita boleh menyokong secara emosi. Itu adalah tautan yang paling kuat.

Berbalik kepada hakikat cinta dan menyintai, jangan ditanya siapa di hati. Hati dan cinta itu sangat luas, sangat subjektif dan sangat mendalam. Jangan berharap menjadi "yang satu" di hati, tapi berusahalah menjadi "Nombor Satu" dihatinya. Cinta manusia tiada yang hakiki. Ia boleh berubah dan diuji.

Kembalikan hati kita kepada Allah. Hati kita juga milik Allah. Kita juga boleh berubah hati bila Allah mengkehendaki. Cuma, bercintalah dengan ikhlas dan menurut syariat. Di waktu cinta itu masih ada, nikmatilah ia dengan sepenuh ikhlas dan tulus kerana apabila hati itu diisi lagi atau berhenti menyintai, sekurang-kurangnya kita pernah berkongsi sesuatu perasaaan yang indah.Perasaan yang dikongsi itu benar. Berdoalah kepada Allah agar cinta itu sejati, kerana apabila diuji, cinta menjadi semakin hebat dan kuat~atau mungkin juga menjauh. Allah tidak zalim bila Dia memutuskan cinta antara dua hati- cuma sebenarnya Allah ingin mengajarkan kita tentang sesuatu atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Friday 9 March 2012

Hiduplah dengan Bahagia

Biarpun sejauh mana kita dari Tuhan, jangan pernah lupa Dia wujud. Hidup kita ini milikNya dan pada satu waktu, kita akan kembali juga kepadaNya. Jangan memilih dendam dan derita. Belajarlah untuk memberi dan berkongsi. Bila kita belajar berkongsi dan memberi, kita sebenarnya sedang menerima lebih lagi.

Hidup ini indah. Jangan bakar dengan api kebencian. Hidup ini indah. Lihat alam dari mata hati.. walaupun sukar, Tuhan tentu ada bersama kita. Memetik kata seeorang, kadang-kadang Tuhan beri kan hujan dan matahari, kerana Tuhan ingin berikan kita pelangi ... slamat berhujung minggu