Saturday 7 April 2012

KEMAAFAN DAN KEBEBASAN

Kasih,
Jika kemaafan itu murah, akan kuberikannya dengan seluruh harga dunia, tapi sayang, kemaafan itu besar harga dan mahal pula nilainya.

Memaafkan bukan bereerti melupai, aku mahu memaafkan mu, tapi aku tak mampu melupakan apa yang berlaku.

kemaafan itu bukan mudah tapi itu akan membebaskan aku dari kelukaanku sendiri. Aku ingin memaafkan mu dan membebaskan diriku dari kisah yang sangat melukakan. Aku ingin bebas tersenyum kerana aku sedar, belum sempat kering airmata diseka, kita sebenarnya sudah mampu tersenyum semula. Rugilah jika kita tersekat di semalam yang pilu.

Kasih,
Di percaturan ini, aku sebenarnya tidak rugi apa apa- hanya sebenarnya kau lah yang paling luka kerana kaulah yang sebenarnya "terperangkap" dengannya. Aku tidak punya kaitan dengan Diya, jadi aku bebas.
Allah tentu lebih mengetahui apa yang berlaku.

"Manusia merancang, Allah merancang dan oerancangan Allah lebih sempurna dari kita".

Diya, jangan kau fikir dengan zuriatmu itu kau mampu memerangkapnya, dia dlam genggamanmu. Tiba saatnya dia akan bosan dengan "kejahilan, kebodohan, dan ketidakmatanganmu" itu.Dan akulah akan membebaskannya dari kenangan denganmu.

Diya,
Aku ingin membebaskan diriku dan lukaku sendiri. Aku ingin memaafkanmu dan meninggalkan mu di semalam. Kau bukan lagi lukaku. Kau hanyalah kenangan. Aku ingin meninggalkanmu dengan kesakitanmu yang kau ciptakan sendiri. Kau tidak melukakan aku. Kau menciptakan lukamu sendiri. Jangan lagi kau heret aku ke fantasimu. Biarlah kau dengan dirimu dan aku dan haluan ku. Kita hanyalah pejalan yang bertemu di satu titik. Kau insignifikan bagiku. Mungkin untuknya, tapi bagi ku, kau adalah seorang lagi yang pernah ku sisihi. impakmu tiada lagi...dulu...kini aku telahpun meninggalkan mu di hentian semalam.

Kasih,
aku kembali ke pangkuan mu seperti dahulu. ingin menjadi lebih baik dan lebih cinta dari kelmarin. Di duniaku hanya ada kau dan aku. Terpulanglah bagaimana kau mahu mencipta duniamu. Aku di sini akan selalu membuat kau jatuh cinta dan tersenyum semula.Aku pertama bertakhta di hatimu, Aku berjanji untuk selalu menjadi no 1 untukmu.

Kini aku bebas. Sepertinya ku rasakan aku bernafas baru dan perlahan-lahan aku biarkan apa yang berlaku tenggelam seperti tenggelamnya sesuatu yang maha berat ke dasar lautan. Perlahan-lahan kian menjauh dan tidakkan mahu kujumpai lagi..dan kenangan kepahitan itu kian samar-samar...aku bebas kerana aku mula memaaf dan melupakan... selamat tinggal luka.... selamat datang, kebebasan ....AZADII !!!!

No comments:

Post a Comment